fbpx
Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri di WTCKL, Kuala Lumpur. -FOTO AMIR KHALID

PRU-15: Perdana Menteri tidak menghadap Agong Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IKUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak desas-desus kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak pernah mendengar mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak pernah terdengar dan tidak pernah termimpi tarikh itu,” katanya ringkas ketika ditanya kebenaran terhadap desas-desus Perdana Menteri akan menghadap Al-Sultan Abdullah berhubung pembubaran Parlimen.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri di WTCKL, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, parti pimpinannya yakin Al-Sultan Abdullah akan bertindak mengikut peruntukan Perlembagaan negara.

“Kuasa tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan saya yakin Agong beri perkenan ikut perkiraan terbaik. Kuasa itu tertakluk kepada perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan kerana Tuanku Agong pastinya bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu telah meneliti laporan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

“Kami telah meneliti laporan daripada Ketua Pengarah MetMalaysia mendapati insya-Allah pilihan raya akan dibuat sebelum banjir,” katanya.

Ujarnya lagi, UMNO menghormati bantahan daripada parti lawan untuk mengadakan PRU-15 dalam masa terdekat.

“Namun Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak setelah mendapat mandat daripada Jemaah Menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan menasihatkan mengenai tarikh pembubaran Parlimen. – KOSMO! ONLINE

POPULAR