fbpx

Dewan Rakyat: Tarikh pelaksanaan Akta Anti Lompat Parti ditentukan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan peruntukan mengenai larangan Ahli Parlimen bertukar parti ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelaksanaan, Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 itu tertakluk pada perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Akta yang dikenali sebagai Akta A163 itu telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda pada 31 Ogos 2022 dan telah diwartakan pada 6 September lalu.

“Seksyen 1(3), Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 [Akta A1663] memperuntukkan bahawa: “Walau apapun subseksyen (2), seksyen 6 akta ini mula berkuat kuasa di sesuatu negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui pemberitahuan dalam Warta.

“Oleh yang demikian, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI boleh menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa peruntukan seksyen 6 Akta A1663 dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua negeri, bagi negeri yang berkenaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Cha Kee Chin (PH – Rasah) yang ingin tahu status terkini daripada respons daripada setiap kerajaan negeri terhadap undang-undang Anti-Lompat Parti, selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Tambah Wan Junaidi, menerusi pindaan tersebut, Dewan Undangan Negeri boleh meluluskan pindaan kepada Perlembagaan negeri masing-masing yang melibatkan peruntukan seksyen 6(5) dan seksyen 7A Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

“Berdasarkan penjelasan ini, penetapan tarikh permulaan kuat kuasa pemakaian seksyen 6 Akta A1663 di peringkat negeri adalah tertakluk kuat kuasa Akta A1663 di peringkat Persekutuan.

“Bagi maksud ini, beberapa buah negeri seperti Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan menyambut baik cadangan pelaksanaan akta ini di peringkat negeri,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI