fbpx

Bank silap sita rumah, wanita rugi RM246,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan tanda yang diletakkan mempunyai nombor rumah yang salah iaitu 99/44, sedangkan Kanchana tinggal di rumah bernombor 99/38. – Thaiger

BANGKOK – Seorang wanita di wilayah Pathum Thani, Thailand, terkejut apabila mendapati mangga kunci rumahnya telah ditukar, barangan peribadi dirampas serta papan tanda bertulis ‘Untuk Dijual’ diletakkan  di hadapan rumahnya akibat disita oleh bank, lapor laman berita Thaiger semalam.

Bank Simpanan Kerajaan dilaporkan menghantar seorang bailif  ke rumah milik wanita berkenaan, Kanchana pada 5 September lalu dan ketika melakukan prosedur sita, dia menukar mangga kunci dan merampas semua barangan milik wanita itu.

Bukan itu sahaja, bailif  tersebut turut tidur di dalam rumah Kanchana dan menggunakan bekalan elektrik serta air kediaman tersebut selama tiga atau empat hari.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan wanita itu benar-benar marah, adalah bailif tersebut sebenarnya telah menyita rumah yang salah.

Kejadian itu disedari jiran Kanchana apabila pegawai  bank meletakkan papan tanda bertulis: “Dilarang menceroboh. Harta milik bank,” bersama nombor rumah yang salah iaitu 99/44, sedangkan wanita berkenaan tinggal di rumah bernombor 99/38.

Selepas menelefon Kanchana pada 15 September dan bertanyakan perkara sebenar yang terjadi, wanita berkenaan yang berada di lokasi lain ketika itu, bergegas  pulang ke rumahnya.

Menurutnya, dia tidak pernah berhutang sehingga tidak dapat membayarnya  atau disaman seumur hidupnya. Dia kemudian menghubungi pihak bank, namun pegawai khidmat pelanggan memaklumkan hanya akan menghubunginya dalam masa tiga hari bekerja.

Pada hari berikutnya, Kanchana membuat laporan di Balai Polis Lam Lum Kaeo sebelum seorang wakil peguam bank tersebut menghubunginya bagi memohon maaf kerana telah menyita rumah yang salah.

Anggaran kerugian ditanggung wanita itu adalah sekitar 2 juta baht (RM246,447) dengan beberapa barangan telah dimusnahkan termasuk pakaian, buku, potret keluarga, perhiasan serta beberapa barangan yang dikatakan memiliki nilai sentimental.

Kanchana berkata, dia sehingga kini masih menanti bagaimana bank tersebut akan membayar ganti rugi kepadanya kerana meskipun telah sebulan kejadian itu berlaku, tiada sebarang tindakan diambil daripada pihak bank.

Individu yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut berdepan dengan dakwaan berkaitan pencerobohan, rompakan dan menyebabkan kerosakan harta benda peribadi. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI