fbpx
Mekyun kecewa dengan sikap segelintir pihak yang mempertahankan individu warga asing terbabit tanpa usul periksa.

Buta-buta pertahan pembantu rumah, tanpa tengok video – Mekyun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Susulan isu kes pukul pembantu rumah, pempengaruh Mekyun kecewa dengan sikap segelintir pihak yang mempertahankan individu warga asing terbabit tanpa usul periksa.

Mekyun atau nama sebenarnya Wee Mun Nee, 29, memilih untuk menyebelahi pihak majikan selepas melihat bukti rakaman video yang memaparkan tindakan kejam pembantu rumah terbabit mendera anak-anak majikan.

“Kes pembantu rumah kena pukul, jujur saya di pihak majikan. Pelik tengok ada yang buta-buta pertahankan pembantu rumah itu tanpa tengok video ini.

“Tengoklah macam mana anak-anak itu kena dera. Mangsa sebenar adalah anak-anak yang kena dera bukan pembantu rumah itu,” katanya dalam Threads.

Meskipun bersetuju tindakan majikan merakam dan memuat naik video tindakan fizikal terhadap pembantu rumah itu adalah satu kesilapan, namun Mekyun menegaskan isu penderaan kanak-kanak bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh.

“Ya, video majikan itu tak patut dirakam dan dimuat naik. Tapi bab dera budak ini bukan hal kecil.

“Kalau jadi dekat anak kita macam ini, sudah pasti naik angin juga,” jelasnya.

Dalam masa sama, Mekyun turut melahirkan rasa kesal apabila isu berkenaan seolah-olah memberi persepsi buruk terhadap imej masyarakat di mata luar.

“Jadi jangan tengok sebelah pihak saja. Tengok dulu video ini.

“Buat orang Malaysia ini nampak macam teruk betul,” tegasnya.

Pada 13 Jun lalu, tular sebuah video memaparkan insiden keganasan fizikal membabitkan empat individu terhadap seorang wanita warga Indonesia dipercayai bekerja sebagai pembantu rumah.

Dua pasangan suami isteri direman selama sehari bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN