fbpx

Ular sawa ‘berehat’ dalam sangkar kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor ular sawa sepanjang 5 kaki ditemukan dalam sangkar kucing di sebuah rumah di Taman Damai Daya, Skudai, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Selepas seorang pengunjung kedai dobi dikejutkan dengan kehadiran seekor ular di dalam sebuah mesin mencuci baju baru-baru ini, kali ini seorang pemilik kucing berdepan situasi sama.

Hal itu terjadi selepas seorang pemilik kucing mendapati terdapat seekor ular sawa sedang berehat di dalam sangkar berkenaan di kediamannya di Taman Damai Daya, Skudai di sini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Pegawai Bomba Kanan II, Faisal Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 7.04 pagi, hari ini.

Sehubungan itu katanya, sembilan anggota beserta dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seekor ular sawa sepanjang 5 kaki sedang ‘berehat’ di dalam sangkar kucing milik penghuninya kediaman berkenaan.

“Anggota kemudiannya bertindak menangkap ular tersebut menggunakan alat penjerut sebelum haiwan itu dilepaskan di kawasan jauh daripada penempatan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Faisal, operasi itu kemudiannya ditamatkan pada pukul 7.25 pagi.

Kelmarin, seorang pengguna kedai dobi di Taman Impian Emas, dekat sini menemukan seekor ular sawa sepanjang 6 kaki di dalam sebuah mesin basuh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI