fbpx

Russia tidak mungkin guna senjata nuklear – AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sistem peluru berpandu balistik antara benua Yars RS-24 Rusia diarak melalui Dataran Merah di Moscow pada 7 Mei 2021. - AFP

WASHINGTON – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin menyatakan bahawa Washington tidak percaya Russia akan menggunakan senjata nuklear bagi memenangi peperangan menentang Ukraine, lapor laman berita RT kelmarin.

Kenyataan tersebut dibuat semasa rakaman wawancara Austin bersama stesen penyiaran CNN.

Austin menolak kenyataan Presiden Vladimir Putin baru-baru ini termasuk amaran bahawa beliau tidak berbohong mengenai kesediaannya menggunakan nuklear untuk mempertahankan Russia dan rakyatnya.

“Pertempuran senjata nuklear ini bukanlah perkara yang kami harapkan akan keluar dari mulut  pemimpin sebuah negara besar yang berkebolehan.

“Sama seperti Putin, beliau telah melaksanakan pencerobohan tidak bertanggungjawab ke atas Ukraine dan turut memaklumkan akan menggunakan senjata nuklear jika perlu.

“Namun, saya tidak melihat apa-apa situasi yang boleh membuatkan saya percaya beliau akan membuat keputusan sedemikian,” katanya.

Austin mendedahkan bahawa walaupun beliau tidak berhubung dengan rakan sejawatannya dari Russia, Sergey Shoigu sejak kebelakangan ini, amaran telah diberikan mengenai rancangan tersebut.

“Saya telah memberi amaran kepada Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu untuk tidak mengambil jalan itu dan melaksanakan tingkah laku tidak bertanggungjawab seperti menggunakan senjata nuklear,” tegasnya.

Shoigu sendiri telah berulang kali menyatakan bahawa doktrin nuklear Russia hanya membenarkan penggunaan senjata sedemikian apabila sekiranya kewujudan negara itu terancam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI