fbpx

Lelaki Afrika mati ditetak, 8 ditahan gaduh lepas berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang maut ditetak di kawasan pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di ibu negara awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Lapan warga Afrika ditahan bagi membantu siasatan seorang lelaki yang maut ditetak di kawasan pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, anggota polis di Balai Polis Pudu memaklumkan terdapat tiga lelaki warga Afrika telah cedera dipercayai akibat pergaduhan sekitar pukul 5.35 pagi.

Kata beliau, salah seorang daripada mangsa telah meninggal dunia ketika diberikan rawatan di sebuah hospital swasta.

”Hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa dan rakannya bergaduh dengan sekumpulan lelaki berketurunan sama berpunca selisih faham di dalam pusat hiburan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah iaitu kesan luka akibat tetakan di belakang leher,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ashari, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Wangsa Maju telah menahan enam Lelaki dan dua wanita warga Afrika itu di sekitar Kuala Lumpur untuk membantu siasatan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI