fbpx

Lelaki aktif proses, masak air ketum dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ketum
Barangan yang dirampas dalam serbuan aktiviti memproses dan menjual ketum di Taman Setapak, di sini kelmarin.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 37 botol dan 780 bungkusan plastik disyaki air dan daun ketum dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Setapak, di sini kelmarin.

kegiatan itu dibongkar menerusi serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Wangsa Maju kira-kira pukul 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, hasil maklumat orang awam, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun disyaki tukang masak dan penjual air ketum tersebut.

“Suspek dipercayai aktif dalam pemprosesan dan pengedaran air ketum sejak awal Mei tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, polis turut merampas sebanyak 37 botol air berisi cecair disyaki ketum dan 780 bungkusan plastik daun ketum termasuk lima botol ubat batuk.

Menurut Ashari, peralatan memproses air ketum turut disita antaranya dua periuk besar, satu periuk kecil, dua tong gas, satu dapur gas, alat penimbang, senduk, dan bekas plastik.

“Suspek telah ditahan reman selama empat hari dari semalam sehingga Selasa untuk siasatan lanjut.

“Dua kertas siasatan akan dimajukan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI