fbpx

Tiga penambahbaikan kerajaan mantapkan sistem pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri bergambar bersama ribuan warga NUTP yang hadir selepas berucap pada Perhimpunan Khas bersama Warga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan tiga penambahbaikan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

Antaranya adalah isu yang melibatkan guru-guru dan pegawai-pegawai pendidikan berhubung gred guru besar di sekolah rendah yang hanya dihadkan kepada gred DG48 dan guru penolong kanan pada Gred 44.

“Sukacitanya saya umumkan guru besar gred DG48 (khas untuk penyandang) tidak diturunkan sebagai guru penolong kanan (GPK) atau guru biasa di sekolah rendah apabila dinaikkan pangkat ke gred DG52 dan DG54 secara ‘time based’ berasaskan kecemerlangan (TTBK). gred guru besar dan GPK di sekolah rendah pula ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54.

“Pelaksanaan ini akan menaik taraf gred hakiki bagi jawatan guru besar dan guru penolong kanan serta membolehkan mereka yang telah dinaikkan pangkat ke gred lebih tinggi, kekal di jawatan tersebut sehingga gred DG54.

“Kementerian Pendidikan (KPM) juga sedang kaji struktur perjawatan guru besar dan GPK rendah melalui cadangan model sekolah dengan penetapan gred fleksi sehingga DG54 bagi memastikan kedudukan pentadbir sekolah sentiasa terpelihara, ” katanya.

Kedua katanya, pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) gred DG48 turut diberi peluang untuk dilantik sebagai guru penolong di sekolah rendah. Justeru, GPK di sekolah rendah, tidak hanya terhad kepada gred DG44 sahaja.

“Selaras dengan keputusan pertama, guru penolong kanan yang telah dinaikkan pangkat gred yang lebih tinggi, kekal di jawatan tersebut sehingga gred DG54,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Khas Perdana Menteri Bersama Warga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC), di sini hari ini.

Bagi penambahbaikan yang ketiga, Ismail Sabri turut mengumumkan laluan kerjaya guru cemerlang di sekolah rendah diperluas sehingga ke gred DG52 dan DG54.

“Ini kerana 90.68 peratus guru sekolah rendah telah pun berada di gred siswazah. Peningkatan gred jawatan guru besar dan GPK ini akan memberi faedah secara langsung kepada seramai 2,047 pegawai perkhidmatan pendidikan di seluruh negara.

“Kerajaan serta seluruh Keluarga Malaysia amat memahami dan menghargai jasa serta semangat juang tinggi guru-guru demi melahirkan insan-insan yang berjaya dalam pelbagai aspek kehidupan, ” katanya.

Terdahulu, Presiden NUTP Aminuddin Awang turut memohon kelulusan beberapa perkara termasuk menggunakan kuasa Perdana Menteri sebagai orang nombor satu negara bagi mengurangkan kerja-kerja diluar tugasan seorang guru yang membebankan.

Beliau turut meminta kerajaan mempertimbangkan pelantikan warden sepenuh masa di asrama seluruh negara serta mempertimbang untuk menaikkan kadar bayaran pemeriksa kertas peperiksaan yang tidak pernah disemak semula sejak 2007.

Respon daripada permintaan itu, Ismail Sabri berkata beliau akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan jabatan berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI