fbpx

Jeritan ‘oppa’ sambut Lee Min-ho di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE Min-ho tiba di negara ini tengah malam tadi sempena Konsert Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th di Axiata Arena, malam ini.

PETALING JAYA – Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Min-ho diserbu ratusan peminat sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah malam tadi.

Meskipun pelakon drama Pachinko itu tiba di KLIA sekitar pukul 12 tengah malam tadi, tetapi peminatnya sanggup bersengkang mata demi bertemu secara dekat dengan idola kesayangan mereka.

Menerusi video yang dirakam peminatnya dalam Twitter, Min-ho dilihat dikawal ketat oleh petugas keselamatan namun, kekal tenang dan tetap membeli lambaian kepada peminat setianya.

Bahkan dalam sebuah video, peminatnya terjatuh gara-gara berasak-asak dan menolak antara satu lain.

“Huru-hara di penghujung lapangan terbang. Jika kamu rasa ketika Jackson Wang tiba di Malaysia itu sudah gila, lihat ini. Orang ramai menolak dan terjatuh di depan saya seperti domino,” ujar salah seorang peminatnya.

Min-ho hadir ke Malaysia demi menghiburkan peminatnya di Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th yang berlangsung malam ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Selain Min-ho, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga duta kepada barangan perkakas rumah Cukcoo turut diundang sebagai bintang utama dalam konsert berkenaan.

Tidak hanya mereka berdua, konsert tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi popular tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Hael Husaini, Dolla, Aina Abdul, Khai Bahar dan Floor 88. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI