fbpx

Angka Covid-19 lepasi 2,000 kes semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 2,007 kes semalam termasuk empat kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,802,669 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 1,402 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,778,636 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 25,769 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah 595.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 693 diikuti Kuala Lumpur (356), Perak (174), Sabah (171), Negeri Sembilan (112), Pulau Pinang (117), Sarawak (80), Kedah (79) dan Melaka (60).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Johor (45), Putrajaya (34), Pahang (30), Terengganu (15), Perlis (5) dan Labuan (2),” kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak enam kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,374.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,733 setakat ini.

Sebanyak 24,713 kes dikuarantin di rumah, tiada kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,014 kes di hospital,23 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 19 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI