fbpx
KESELAMATAN skuad B-17 kebangsaan yang berada di Indonesia ketika ini terjamin, malah PSSI sudah mengambil langkah drastik untuk tidak membenarkan kehadiran penyokong ke stadium.

Skuad Harimau Muda mulakan perjuangan di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SKUAD bawah 17 (B-17) kebangsaan optimis peluang untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2023 terbuka meskipun diundi dalam kumpulan maut menje­lang aksi kelayakan Kumpulan B di Indonesia bermula esok.

Pengurus pasukan skuad B-17 negara, Christopher Raj berkata, persiapan anak-anak buahnya telah berjalan seperti yang dirancang meskipun usaha untuk mendapatkan aksi persahabatan lebih kompetitif tidak kesam­paian.

“Saya rasa peluang untuk kita mara ke Piala Asia B-17 2023 terbuka kerana tiada apa yang mustahil dalam lumrah bola sepak dan syaratnya adalah bergelar juara kumpulan atau naib juara terbaik.

“Cuma, harus diakui pasukan telah diundi dalam kumpulan yang sukar bersama dua negara kuat Asia Barat seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Palestin selain tuan rumah, Indonesia.

“Kita akan berikan yang terbaik kerana sasaran kita adalah untuk mengikuti jejak langkah skuad senior, Harimau Ma­laya yang terlebih dahulu la­yak ke pentas Piala Asia 2023 tahun depan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Mengulas lanjut, Christopher mengakui pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu aksi persahabatan antarabangsa sebelum berlepas ke Indonesia dengan menewaskan Taiwan 2-1 di Stadium UiTM, Shah Alam.

“Kita telah mengaturkan beberapa siri persahabatan di sini dan satu aksi antarabangsa menentang Taiwan yang mana pasukan menunjukkan prestasi yang baik.

“Jika diikutkan, saya ber­usa­ha untuk mengatur aksi persa­habatan dengan negara Asia Ba­rat seperti Arab Saudi dan Kuwait sebagai ujian buat pemain tetapi tidak berjaya kerana kelendar pasukan lawan sudah penuh.

“Secara keseluruhan, saya per­caya barisan jurulatih dan pemain sudah bersedia sepenuhnya untuk harungi aksi kelayakan ini sekali gus menebus kekecewaan tersingkir awal pada Piala AFF B-16 2022, Ogos lepas,” katanya.

Skuad kendalian Osmera Oma­ro dijadualkan bertemu Pa­lestin di Stadium Pakansari, Bogor, untuk aksi pembukaan Kumpulan B esok.

POPULAR