fbpx

Siasat dakwaan cubaan culik tiga kanak-kanak di Kuala Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dakwaan cubaan culik kanak-kanak di sebuah stesen minyak di Kuala Langat

KUALA LANGAT -Tular sebuah video berdurasi satu minit 41 saat mendakwa cubaan culik tiga kanak-kanak dari sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang, hari ini.

Berdasarkan video tersebut memaparkan seorang lelaki menghampiri kereta milik seorang wanita warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 34 tahun, kelmarin.

Katanya, pengadu menyatakan seorang lelaki berkelakuan mencurigakan telah turun dari sebuah kereta dan menuju ke pintu belakang kereta milik pengadu.

“Semasa kejadian itu terdapat tiga orang pengadu berusia setahun hingga empat tahun yang berada di bahagian penumpang belakang kenderaan itu.

“Namun dari siasatan awal ke atas laporan polis tersebut mendapati tiada sebarang cubaan culik berlaku seperti yang ditularkan di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pihak polis bagaimanapun sedang menjalankan siasatan lanjut tentang laporan polis tersebut bagi mengesahkan kejadian sebenar yang berlaku.

Ujar Ahmad Ridhwan, pihaknya meminta orang ramai tidak membuat kenyataan atau menyebarkan berita yang tidak sahih sebelum merujuk ke pihak berkuasa.

“Sebarang kenyataan atau penyebaran berita palsu boleh didakwa dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI