fbpx

Pkharuddin dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pkharuddin

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pelantikan Datuk Pkharuddin Ghazali, 59, sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa pada 23 September lalu

KPM menerusi kenyataan akhbar berkata, Pkharuddin sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum).

Menurutnya, Pkharuddin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) pengkhususan dalam bidang Geografi dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan memulakan perkhidmatan sebagai guru di Sekolah Menengah King George V, Seremban, Negeri Sembilan pada 1 Ogos 1989.

“Dalam tempoh 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM antaranya, Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan, Pengetua di SMK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.

“Beliau juga pernah menjawat Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Ketua Sektor Jaminan Kualiti,
Timbalan Pengarah serta Pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pengarah Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan,” katanya.

Katanya, KPM yakin Pkharuddin dapat menerajui perkhidmatan pendidikan serta meneruskan kesinambungan dalam memacu transformasi pendidikan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI