fbpx

Tak ada siapa nak buat PRU musim banjir – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menyampaikan dividen TSK kepada peserta sempena program berkenaan sambil ditemani Mohd. Salim di Dewan Biduanda UiTM Rembau, di sini, hari ini. - Foto NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan membidas kenyataan Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa UMNO mahu melaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada musim banjir.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu juga memerli kenyataan tersebut serta menyatakan PH sengaja mahu memutarbelitkan kenyataan tersebut seolah-olah BN mahu melaksanakan PRU-15 sewaktu banjir.

“Kita ni pun manusia juga, kalau banjir pun kita yang turun dulu… UMNO, BN lah yang bertungkus-lumus turun. Jangan ingat lah kita tak ada sifat prihatin, kita lagi prihatin.

“Tak ada siapa yang nak buat musim banjir… macam mana pembangkang (PH) tahu ada banjir, dia ada ilmu kasyaf? Kalau pun banjir bukan seluruh negara banjir.

“Kalau pun banjir misalnya di Kelantan, di kawasan yang terlibat banjir itu kita tangguhkan pengundian, selagi dalam 60 hari waktu yang digazetkan untuk SPR adakan pilihan raya selepas Parlimen bubar, PRU boleh diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pekebun Kecil Makmur dan Penyampaian Dividen Tanam Semula Komersil (TSK) Risda Peringkat Negeri Sembilan tahun 2022 di Dewan Biduanda, UiTM Rembau, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kemungkinan banjir semasa PRU15 dilaksanakan, Mohamad memberikan cadangan untuk menangguhkan lokasi banjir bagi sebarang pengundian.

Menurutnya, dalam waktu 60 hari yang digazetkan itu, SPR mempunyai kuasa untuk menangguhkan pengundian di kawasan terlibat.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai agenda mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Mohamad berkata, tiada agenda yang khusus dalam mesyuarat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI