fbpx

Nadma cadang gubal akta wajib mangsa banjir berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meor Ismail (kiri) berbincang dengan Tengku Farok Hussin (dua dari kiri) berhubung mekanisme operasi menyelamat musim banjir pada majlis penutup Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedang menimbang mekanisme terbaik bagi memastikan semua mangsa banjir mengikut arahan pihak berkuasa terutama berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) Nadma, Meor Ismail Meor Akim berkata, kedegilan mangsa banjir berpindah ke PPS dan pulang ke rumah sesuka hati sebelum bah surut merupakan cabaran terbesar operasi menyelamat saban tahun.

“Ia bukan isu kecil kerana melibatkan aspek keselamatan malah dua kes kematian yang berlaku di Selangor pada tahun lalu disebabkan mangsa banjir berpatah balik pulang ke rumah tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

“Sehubungan itu, Nadma sedang mengkaji akta sesuai untuk digubal bagi mengatasi masalah itu demi keselamatan nyawa mangsa banjir,” katanya pada majlis penutup Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir di sini hari ini.

Majlis penutup program itu disempurnakan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Datuk Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Meor Ismail berkata, dua perkara utama yang mahu dikuatkuasakan ialah mewajibkan mangsa banjir berpindah ke PPS dan memastikan golongan terbabit tidak pulang ke rumah sesuka hati tanpa menghiraukan keselamatan diri.

Terdahulu, Tengku Farok Hussin memberi penekanan terhadap isu mangsa enggan berpindah terbabit yang telah menyukarkan operasi banjir saban tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI