fbpx

‘Ladang’ biri-biri di Shah Alam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Khairul di Facebook semalam, menunjukkan kambing biri-biri bergerak secara berkumpulan di Seksyen 15, Shah Alam.

PETALING JAYA – Selain sinonim dengan strawberi dan teh, Cameron Highlands juga agak terkenal dengan kambing biri-biri.

Persepsi ini mungkin sedikit ‘terpesong’ menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook, Kapitan Khairul, semalam.

Melalui video yang dimuat naik di kumpulan Facebook Shah Alam Residen (tak suka ban orang), Khairul berkongsi video memaparkan sekumpulan kambing biri-biri sedang bergerak secara berkumpulan mencari makanan dipercayai berlaku di Seksyen 15, Shah Alam.

“Tiba-tiba nampak banyak kambing biri-biri dekat bulatan Seksyen 15 depan Karangkraf. Apa yang mereka sedang rancang sebenarnya,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi lucu orang ramai yang menyifatkan fenomena tersebut adalah perkara luar biasa untuk berlaku di sebuah bandar raya besar.

“Tak bertuan tu daripada mati kene gelek dengan lori baik tangkap kasi golek atas api,” seloroh Rizwan Syah.

“Ngam la tu tak payah nk pergi Cameron lagi,” kata Shahrizam Ibrahim pula.

“Saya pun nampak. Beratur geng motor belakang biri-biri ni tadi tunggu lawak pulak rasa,” kongsi Nurul Suaidah Othman.

Namun disebalik rasa lucu orang ramai, tindakan tegas perlu diambil segera oleh pihak berkuasa ke atas pemilik haiwan-haiwan ini kerana ia boleh mengundang risiko kecelakaan jalan raya kepada pengguna.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), pemilik haiwan yang membiarkan ternakan berkeliaran di jalanan boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak melebihi RM500 setiap seekor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI