fbpx
RONALDO (kanan) yang mengetuai jentera serangan Portugal gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaik. – AFP

Aksi longlai babak kedua punca Portugal berputih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRAGA – Portugal gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir saingan Liga Negara-Negara Eropah selepas tewas 0-1 kepada Sepanyol pada aksi Kumpulan A2 yang berlangsung di Stadium Municipal de Braga awal pagi semalam.

Ketua Jurulatih Portugal, Fernando Santos nyata kecewa dengan keputusan itu kerana meng­anggap skuad kendaliannya menampilkan aksi lebih baik berbanding Sepanyol, terutamanya pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, beliau turut mengakui, Portugal gagal me­nyaingi pasukan pelawat pada separuh masa kedua apabila membenarkan skuad kendalian Luis Enrique itu menguasai permainan sebelum menjaringkan gol kemenangan menerusi Alvaro Morata.

“Pasukan kami cukup tersusun pada separuh masa pertama selain berjaya mencipta banyak peluang menjaringkan gol. Kami menguasai permainan pada 15 minit pertama dan memberi tekanan terhadap Sepanyol.

“Memasuki separuh masa kedua, kami berdepan kesukaran kerana banyak hilang bola dan kurang beri tekanan kepada pasukan lawan. Saya ada buat beberapa pertukaran bagi mendapatkan semula penguasaan bola, namun gagal,” kata Santos.

Dalam pada itu, beliau juga agak terkejut dengan persembahan bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo yang kurang berkesan apabila mensia-siakan beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

“Walaupun Sepanyol me­nguasai perlawanan di separuh masa kedua, namun kami ada cipta dua peluang terbaik, tetapi tidak dimanfaatkan sebaiknya. Ronaldo juga tidak dapat menyudahkan peluang yang kebiasaannya mampu menghasilkan gol pada perlawanan sebelum ini,” ujarnya. – AGENSI

POPULAR