fbpx

Ebit Liew tiba di Mahkamah Majistret Tenom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom sekitar pukul 9 pagi tadi.

TENOM – Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di Mahkamah Majistret Tenom, di sini, sebentar tadi bagi menghadiri perbicaraan hari pertama pertuduhan gangguan seksual yang mengaitkan dirinya.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki kenderaan jenis pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam sekitar pukul 9 pagi.

Mengenakan baju kemeja serba hitam serta berkupiah putih, Ebit yang ditemani peguam serta sekumpulan individu kelihatan dalam keadaan tenang dan memberikan senyuman ketika memasuki pintu utama mahkamah.

Dalam pada itu, petugas media seawal pukul 8 pagi sudah menunggu ketibaan Ebit di pekarangan mahkamah.

Turut dilihat sepasukan anggota polis membuat kawalan keselamatan diparcayai bagi memastikan suasana sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan melibatkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi Whatsapp.

Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021.

Terdahulu, pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan Ebit dibebaskan dengan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan.

Sementara itu, pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dan Ebit diwakili peguam, Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Ebit didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit Liew berlangsung bermula hari ini hingga 30 September. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI