fbpx

Polis temui mayat wanita dalam kereta tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat menarik keluar sebuah kereta jenama Honda berwarna putih yang tenggelam sepenuhnya di bawah Jambatan Nong Ko. - Piyarat Chaongcharoen

BANGKOK – Polis Thailand menemui mayat seorang wanita yang terperangkap di dalam sebuah kereta selepas kenderaan itu ditarik keluar dari sebuah terusan pengairan di daerah Tha Muang, wilayah Kanchana Buri, Jumaat lalu.

Menurut laman berita Thaiger, polis mengenal pasti mayat mangsa sebagai seorang wanita berusia 45 tahun yang merupakan pengarah sebuah sekolah di daerah Dan Makham Tia.

Penduduk setempat dilaporkan menemui bampar hadapan dan nombor pendaftaran kereta di sebelah terusan pengairan tersebut awal pagi Jumaat lalu.

Kira-kira pukul 8 pagi (waktu tempatan), pasukan penyelam mula membuat pencarian di terusan tersebut bagi mengesan kedudukan kereta.

Pasukan penyelam unit penyelamat bagaimanapun gagal menemui kenderaan itu sehingga pukul 6 petang (waktu tempatan).

Mereka akhirnya menemui sebuah kereta jenama Honda berwarna putih yang tenggelam sepenuhnya di bawah Jambatan Nong Ko, kira-kira 500 meter dari lokasi di mana penduduk menemui bampar  pagi hari yang sama.

Mayat wanita berkenaan ditemui dalam keadaan terikat pada tali pinggang keledar di tempat duduk pemandu apabila kenderaan itu ditarik keluar.

Selepas keadaannya diperiksa di lokasi kejadian oleh polis dan doktor, mayat itu kemudian dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Meskipun masih tidak mengetahui punca kenderaan yang dipandu mangsa boleh terbabas dari jalan raya dan terhumban ke dalam terusan, siasatan polis mengesahkan beberapa garis masa nahas tersebut.

Pada petang Jumaat lalu, mangsa dikatakan pergi ke sebuah restoran bagi memeriksa keadaan lokasi penganjuran sebuah acara seminar yang bakal diadakan.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia melalui jalan yang menempatkan terusan tersebut apabila kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu menyebabkan dia terhumban ke dalam air. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI