fbpx

Wanita dakwa ‘teman lelaki’ hantu larang berpakaian seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brocarde mendakwa dia menjalinkan hubungan dengan hantu dan akan berkahwin. -Mark Thomas

LONDON – Seorang penyanyi wanita di Britain yang mendakwa bakal berkahwin dengan hantu mendedahkan bahawa ‘pasangannya’ memiliki sifat cemburu serta melarangnya daripada berpakaian seksi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Brocarde, 38, dari Oxfordshire merancang majlis perkahwinan bertemakan Halloween dengan hantu askar dari zaman Victoria bernama Edwardo. 

Brocarde menyedari bahawa pakaian-pakaian seksi miliknya telah hilang dari almari.

Wanita itu sebelum ini mengejutkan penonton rancangan This Morning ITV apabila mengumumkan perkahwinannya. 

Dia percaya bahawa ‘teman lelakinya’ tidak bersetuju apabila dia memakai pakaian mencolok mata.

“Ia (hantu) meninggal dunia pada zaman Victoria di mana kaum wanita berkelakuan berbeza. Ini menjelaskan mengapa pakaian seksi saya hilang.

“Wanita tidak begitu berdikari pada zamannya, jadi ‘teman lelaki’ saya mempunyai perspektif berbeza mengenai keluar malam bersama rakan. Saya rasa ia cukup cemburu,” kata Brocarde. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI