fbpx

Lapan bekas pekerja stesen minyak didakwa salah guna kad inden petrol PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian lapan bekas pembantu pam stesen minyak yang menghadapi pertuduhan menyalahguna kad inden petrol PDRM di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seramai lapan bekas pembantu pam sebuah stesen minyak di daerah ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 45 pertuduhan menyalahguna kad inden petrol milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) lima tahun lalu.

Tertuduh ialah Mohamad Amirul Izzat Mohamad; Md. Nazrul Khusairi Mohamad Ros; Muhamad Ikhwan Ruslan; Muhammad Aidil Mohd Kamal; Muhamad Khairi Fakhri Abd Karim; Khairul Fadhli Bahar; Abdullah Hassani Basri dan Iskandar Zulkarnain Adenan berusia antara 23 hingga 32 tahun.

Kesemua mereka bagaimanapun membuat pengakuan tidak salah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa secara tidak jujur menggunakan kad inden milik PDRM membabitkan nilai antara RM50 hingga RM830.05 bagi setiap transaksi.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di sebuah stesen minyak di daerah Kemaman antara bulan Oktober hingga Disember 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun serta sebatan dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan semua tertuduh masing-masing dibebaskan dengan wang jaminan antara RM5,500 hingga RM30,500 dengan seorang penjamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI