fbpx

Ramai tak senang lihat lelaki melompat gembira selepas bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki melompat gembira selepas bercerai yang dimuat naik di laman sosial baru-baru ini.

PETALING JAYA – Selalunya penceraian diakhiri dengan penyesalan atau kesedihan, namun sebaliknya pula yang berlaku bagi lelaki ini.

Pengguna media sosial Ray RS Master melalui satu perkongsian video memaparkan gelagatnya melompat kegembiraan ketika keluar dari Pejabat Pentadbiran Agama Daerah Seberang Perai Selatan sambil memegang dokumen menerima reaksi tidak senang di kalangan netizen.

Menggunakan kapsyen ‘jalan terus’, perkongsian tersebut ternyata mengundang kecaman, namun ada juga sempat meminta tip bagaimana dia boleh menjadi sekental itu dalam menghadapi ujian rumah tangga.

Kata Ray RS Master ketika membalas komen: “Orang yang tahu ja tau betapa siksanya nak dapat happy (gembira) tu macam mana”.

“Yang dok dalam kasut saya ja tau betapa susahnya nak sampai ke tahap ini, kuatnya orang yang sabar,” tulisnya lagi.

Membalas soal nafkah oleh orang ramai dia membalas,”: Anak yang kecil kita ambil jaga, Jangan risau pasal tu (nafkah), Insya-Allah kita buat yang terbaik untuk anak-anak, doakan yang baik-baik.

“Happy (gembira) nampak ni mesti dah ada pengganti,” kata Rohani Aniey.

“Bekas bini dia buat keputusan yang sangat bijak,” selar nadiafahim181.

“Ex (bekas) saya dulu pun gembira macam ni. Lepas setahun cerai meroyan nak nikah balik, bukan sekali dua tapi dah tujuh kali cuba nak tackle kita balik,” ujar Afya.

Sebelum ini terdapat juga perkongsian hampir sama namun ia melibatkan seorang wanita di hadapan bangunan Pengadilan Agama Sumbawa Besar, di Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Dalam video tersebut pengguna TikTok riecheendah turut berkongsi rakaman video dia melangkah keluar dari pintu utama bangunan itu dengan girang sambil membawa beberapa dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI