fbpx

Lelaki ugut ‘rider’ dikenakan tindakan displin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki dipercayai bertengkar dengan sorang penghantar makanan 'p-hailing' di media sosial baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tindakan disiplin dikenakan ke atas kakitangan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) yang bertengkar dengan seorang pekerja penghantar makanan (p-hailing) ekoran isu kelewatan, baru-baru ini.

Pengurusan MUST dalam kenyataannya di Facebook berkata, pihaknya berdiri teguh mengutuk perbuatan tersebut dan mengecam tindakan tidak bermoral individu terbabit.

“Pihak pengurusan universiti menzahirkan rasa kecewa dan kesal terhadap apa yang berlaku dan kami mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dalam insiden menyinggung perasaan dan memalukan ini.

“Kami percaya tidak seharusnya mana-mana pihak mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa,” katanya.

Dalam masa sama katanya, MUST turut menafikan bahawa pihaknya mempunyai kerjasama bersama Grab seperti yang dinyatakan oleh individu terbabit dalam video tersebut.

“Kami tidak mempunyai sebarang kerjasama bersama Grab sama ada penglibatan secara langsung atau tidak.

“Pihak universiti yakin kenyataan yang diberikan oleh pihak tersebut adalah sepenuhnya tanggungjawab beliau dan bukan daripada pihak universiti,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video seorang lelaki bertengkar dengan pekerja p-hailing berkenaan.

Lelaki yang memakai baju berlogo MUST itu juga dilihat cuba mengugut penghantar makanan itu dengan mengatakan MUST mempunyai jalinan kerjasama dengan Grab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI