fbpx

AEON BiG buka 4 cawangan baharu 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEIKH FAROUK (tengah) diapit Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Bukhari Md. Akhir (kiri) dan Pengerusi Halal AEON Big, Dr. Kasuma Satria Mat Jadi pada mejlis penyerahan pensijilan halal La Boheme di Wangsa Maju, hari ini.

KUALA LUMPUR – AEON BiG (Malaysia) Sdn. Bhd. (AEON BiG) berhasrat membuka empat lagi outlet baharu di Semenanjung tahun hadapan, sebagai penambahan kepada 21 outletnya yang sedia ada.

Pengarah Urusannya, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, langkah pengembangan tersebut bakal melibatkan pelaburan sekitar RM10 juta hingga RM12 juta.

“Kami tidak membuka sebarang outlet baharu tahun ini, namun telah membuat perbelanjaan modal lebih daripada RM20 juta untuk memperbaharui 21 cawangan sedia ada dan proses tersebut akan selesai bulan ini,” katanya pada majlis penyerahan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk bakeri La Boheme di AEON BiG Wangsa Maju, di sini hari ini.

Selain di Wangsa Maju, bakeri La Boheme di outlet AEON BiG Shah Alam dan AEON BiG Jaya One, Petaling Jaya turut menerima pensijilan serupa.

Menurut Sheikh Farouk, pihaknya menyasarkan bakeri La Boheme di kesemua 21 cawangannya akan menerima pensijilan halal Jakim menjelang hujung tahun ini.

“Sebelum ini, kami memiliki beberapa jenama bakeri di cawangan AEON BiG yang berlainan, namun baru-baru ini kesemuanya kami telah disatukan di bawah satu jenama iaitu La Boheme, yang seterusnya membawa kepada proses pensijilan halal ini.

“Jenama-jenama makanan lain di bawah AEON Big juga sedang dalam proses untuk mendapatkan pensijilan halal daripada Jakim secara berperingkat.

“Mengikut perancangan, keseluruhan premis sedia untuk dimakan, bakeri dan Delicatessen di AEON Big bakal menerima pensijilan halal pada tahun 2023,” ujarnya.

Sheikh Farouk menambah, AEON BiG kini memiliki 64 pembekal daripada kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pertumbuhan 10 peratus daripada 58 pembekal PKS pada 2020.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI