TRAGEDI yang berlaku ketika musim ibadah korban baru-baru ini sewajarnya membuka mata semua pihak bahawa aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan. Insiden seorang lelaki maut ditanduk kerbau di Ulu Tiram, Johor, dan kecederaan membabitkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Kajang, bukan lagi kes terpencil, sebaliknya cerminan kecuaian yang berulang setiap tahun tanpa pengajaran tuntas. Ibadah korban bukan sekadar ritual menyembelih haiwan, tetapi satu tuntutan ibadah yang menekankan disiplin, adab serta pematuhan prosedur. Namun, dalam keghairahan melaksanakan ibadah ini, aspek…














