fbpx
SEORANG wanita mengugut terjun dari aras dua sebuah premis beli-belah selepas dihalang mengganggu persembahan Afgan.

Ganggu persembahan Afgan, wanita ugut terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GARA-GARA dihalang daripada mengganggu persembahan penyanyi Afgan, seorang wanita didakwa mengugut terjun dari aras dua sebuah pusat beli-belah di Jakarta, Indonesia dalam kejadian kelmarin.

Insiden yang mencetuskan kekecohan itu bermula apabila individu terbabit membawa pembesar bunyi peribadi serta mikrofon sendiri ke premis acara membabitkan penyanyi tersebut.

Tindakan bercakap menerusi pembesar suara hingga mengganggu acara yang berlangsung di ruang bawah mengundang pengawal keselamatan bertindak bersemuka dengannya.

Begitupun, dia enggan memberi kerjasama, sekali gus mendorong petugas terbabit untuk merampas peralatan yang dibawanya.

Namun keadaan semakin tidak terkawal apabila individu itu bertindak agresif seolah-olah mahu terjun bersama peti pembesar suara tetapi dapat dihalang dengan pantas.

Afgan yang menghentikan persembahan ketika kekecohan berlaku kemudian meneruskan aksinya.

Malah sehingga kini tidak dapat dipastikan motif individu tersebut berbuat sedemikan serta tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN