fbpx

Polis kesan pemandu lagak samseng jalanan di Bandar Tun Hussein Onn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar suspek yang memandu kereta jenis Honda City bertindak menghalang mangsa di persimpangan lampu isyarat di sini.

KAJANG – Polis sedang mengesan seorang pemandu lelaki disyaki terlibat dalam kes samseng jalanan apabila menghalang dan menakutkan sebuah keluarga secara jenayah di kawasan Bandar Tun Hussein Onn, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video tular di Facebook menunjukkan sebuah kereta jenis Honda City bewarna merah yang dipandu seorang lelaki telah berhenti secara tiba-tiba dihadapan mangsa.

Menurutnya, tindakan suspek itu bertujuan menghalang kereta mangsa yang dipandu seorang lelaki bersama keluarganya di persimpangan lampu isyarat berhadapan Econsave, Jalan Suakasih, di sini.

“Siasatan awal mendapati, mangsa tidak mengenali suspek dan telah dihalang serta dikejar supaya berhenti hingga mendatangkan bahaya.

“Akibat takut, mangsa terus memandu kereta meninggalkan suspek daripada bertembung semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zaid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menyeru supaya orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh memaklumkan di balai polis yang berdekatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI