fbpx

Simpanan bahan api fosil dunia akan melepaskan 3.5 trilion tan CO2 jika digunakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pemandangan telaga minyak Rumaylah dekat bandar pelabuhan Basra, Iraq pada 19 Januari lalu. - AFP

PARIS – Pembakaran simpanan bahan api fosil di Bumi akan membebaskan 3.5 trilion tan gas rumah hijau (C02) atau tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan untuk mengekalkan pemanasan global pada takat 1.5 darjah Celsius, demikian menurut inventori awam hidrokarbon semalam.

Aktiviti manusia sejak Revolusi Industri  yang dijana tenaga arang batu, minyak dan gas, telah menyebabkan suhu dunia meningkat hampir 1.2 darjah dan mencetuskan bencana kemarau serta banjir lebih buruk di samping peningkatan paras air laut.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bahawa baki bajet karbon  Bumi adalah sekitar 360 bilion tan gas C02  atau bersamaan sembilan tahun tahap pengeluaran karbon dioksida semasa.

Bajet karbon merujuk kepada jumlah pencemaran C02  yang boleh dibebaskan ke atmosfera sebelum matlamat suhu 1.5 darjah Celsius seperti dipersetujui di bawah Perjanjian Paris dicabuli.

Inventori diterbitkan oleh Pendaftaran Bahan Api Fosil Global itu bertujuan  memberi penjelasan lebih terperinci mengenai simpanan minyak, gas dan arang batu supaya negara-negara dapat menguruskan fasa peralihan kebergantungan kepada bahan api fosil dengan lebih baik.

Menurutnya, dunia mempunyai lebih 50,000 telaga minyak dan gas di 89 negara dengan sesetengah negara  didapati mempunyai simpanan bahan api fosil mencukupi untuk menjejaskan bajet karbon dunia.

Sebagai contoh, simpanan arang batu Amerika Syarikat menyamai pengeluaran 520 juta tan gas C02. China, Russia dan Australia pula mempunyai simpanan arang batu mencukupi untuk mencabuli matlamat takat suhu 1.5 darjah Celsius

Secara keseluruhan, deposit bahan api fosil dunia adalah tujuh kali ganda lebih tinggi daripada takat pengeluaran C02 bagi mengekalkan bajet suhu pada 1.5 darjah Celsius.

“Kita mempunyai masa amat suntuk untuk menangani baki bajet karbon dunia,” kata Timbalan Pengarah Perjanjian Pengawalan Bahan Api Fosil, Rebecca Byrnes yang membantu menyusun pendaftaran tersebut.

Menurutnya, daripada 50,000 telaga minyak dunia, sumber paling tercemar adalah Telaga Minyak Ghawar di Arab Saudi yang membebaskan sekitar 525 juta tan gas rumah hijau setiap tahun.

Lokasi yang menyumbang pencemaran paling tinggi pula kesemuanya terletak di rantau Teluk atau Russia. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI