fbpx

Kilang plastik musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN api yang marak di lokasi kejadian di Jalan Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, lewat malam malam tadi.

SEBERANG PERAI – Sebuah kilang memproses bahan kitar semula termasuk plastik musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Permatang Tinggi, Bukit Mertajam di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 11.51 malam sebelum bergegas ke lokasi.

Menurutnya, operasi tersebut diketuai oleh sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda dengan bantuan BBP Mertajam, Perai, Sungai Bakap serta pasukan bomba sukarela (PBS) berhampiran.

“Anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran tersebut adalah sebanyak 90 peratus. Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian itu ,” katanya dalam satu kenyataan di sini, lewat malam tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI