fbpx

Kemalangan akibat berhenti lihat pemandangan di Lebuh Raya Suke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Lebuh Raya Suke, semalam.

AMPANG – Tindakan seorang pemandu memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan demi melihat pemandangan di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) mengundang padah apabila dirempuh sebuah motosikal semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian pukul 2.45 petang itu berlaku di lokasi satu kilometer dari Tol Bukit Teratai meghala ke Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki telah berhenti di lorong kecemasan dengan tujuan melihat pemandangan.

“Kemudian sebuah motosikal jenis Suzuki dari arah belakang melanggar bahagian belakang kereta terbabit sehingga menyebabkan kecederaan kepada penunggang lelaki di bahagian kaki, katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohamad Farouk, mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan terdapat puluhan kenderaan didapati memberhentikan kenderaan sempena pembukaan Lebuh Raya Suke dengan tujuan untuk bergambar meskipun disifatkan sebagai satu tindakan yang berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI