fbpx

Lebih 40 buah rumah dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan APM membantu memindahkan mangsa di Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal, Melaka, pagi tadi.

MELAKA – Lebih 40 buah rumah terjejas dalam bencana banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di tiga daerah di negeri ini susulan hujan lebat sejak pukul tiga pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri berkata, antara kawasan yang dilaporkan terjejas di daerah Melaka Tengah adalah di Bukit Duyong, Permatang Duyong, Semabok dan Solok Bukit Baru Duyong.

Katanya, selain itu adalah di Desa Duyong, Bukit Godek, Taman Sri Duyong 2, Pengkalan Rama Pantai dan Bukit Bayan.

“Di Jasin pula di Kampung Kilang Berapi Utara, Kampung Merlimau Pasir, Kampung Merlimau Barat, Taman Seri Merlimau dan Taman Merlimau Megah.

“Di Alor Gajah, ia melibatkan Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai,” katanya.

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di tiga daerah di Melaka susulan hujan lebat.

Mengulas lanjut, pihaknya berkata, bagaimanapun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan bencana itu.

“Anggota APM hanya membantu memindahkan mangsa yang terjejas teruk ke kawasan lebih selamat termasuk ke kediaman saudara-mara mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI