fbpx

Sajat sedih tidak dapat jumpa anak di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Sajat di TikTok

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjat Kamaruddin atau Sajat sedih apabila tidak dapat bertemu dengan anak kembarnya di Singapura.

Menurut perkongsian Sajat di TikTok, dia sepatutnya pergi ke Singapura bagi menghadiri ekspo perkahwinan dan bercadang untuk bertemu dengan anak-anaknya di sana.

Bagaimanapun difahamkan, Sajat tidak berjaya memasuki Singapura kerana berdepan dengan masalah visa.

“Saya tersangkut di lapangan terbang Singapura, nak jumpa anak-anak pun tak dibenarkan. Sedih sangat, permainan pun kena bawa balik tak dibenarkan serah pada anak.

“Saya hormat undang-undang, sebab visa saya masih lagi belum selesai,” katanya dalam hantaran di TikTok.

Terdahulu, Sajat berkongsi keterujaannya di TikTok apabila akan menyertai ekspo tersebut bermula 16 hingga 18 September ini.

Menurut Sajat, dia begitu teruja kerana turut akan bertemu dengan keluarga angkatnya di situ.

Terdahulu, Nur Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Nur Sajat sebelum itu menjadi buruan pihak berkuasa sehingga melarikan diri ke Thailand sebelum ditahan oleh pihak Imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI