fbpx

Indonesia jangka 2,000 dos vaksin cacar monyet tiba akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kementerian Kesihatan Indonesia membeli 2000 dos vaksin cacar monyet dari Denmark. -iStockphoto/anilakkus

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia (Kemenkes) membeli 2,000 dos vaksin cacar monyet daripada sebuah syarikat Denmark, Bavarian Nordic yang dijangka tiba pada hujung tahun ini, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

“Kami menempah kira-kira 2,000 dos (vaksin cacar monyet) yang akan dihantar dalam masa terdekat hujung tahun ini,” kata Ketua Pengarah Farmaseutikal dan Alat Perubatan, Rizka Andalucia.

Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin turut menjelaskan bahawa vaksin itu diperuntukkan untuk kumpulan berisiko tinggi.

“Bekalan akan sampai tidak lama lagi tetapi terhad kepada orang yang berisiko,” katanya.

Kumpulan berisiko tinggi yang dimaksudkan beliau ialah orang yang lemah imuniti badan. Budi berkata, beliau mahu menyelidik semula populasi yang memerlukan vaksin itu.

Pemerintah Indonesia sebelum ini menetapkan sasaran peruntukan sekitar 10,000 vaksin cacar monyet untuk pesakit yang terselamat, kontak rapat pesakit dan penduduk yang mempunyai risiko tinggi terdedah kepada virus itu.

“Pihak kami sedang menjalankan penyelidikan. Kalau sudah menular, kita sudah sediakan vaksin. 

“Ada dua peringkat persiapan iaitu pertama perlu melalui kajian Kumpulan Penasihat Teknikal Indonesia mengenai Imunisasi (ITAGI) dan kedua melalui cadangan Agensi Penyeliaan Makanan dan Dadah (BPOM),” kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Mohammad Syahril.

Syahril mengakui bekalan vaksin cacar monyet adalah terhad kerana lonjakan kes semasa. Menurutnya, virus itu tidak mempunyai kadar penularan yang tinggi seperti Covid-19.

Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih belum mengeluarkan saranan untuk program vaksinasi besar-besaran seperti Covid-19. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI