fbpx

Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Perak kibar bendera separuh tiang tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ratu Elizabeth II

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar bendera Perak dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula esok sehingga Isnin hadapan bersempena kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, baginda bertitah sedemikian atas semangat menghargai hubungan Ratu Elizabeth II dengan Istana dan Negeri Perak Darul Ridzuan, di samping menzahirkan rasa dukacita atas kemangkatannya.

“Menjunjung titah tersebut, bendera negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dikibarkan separuh tiang bermula hari Sabtu 17 September 2022 sehingga selesai istiadat permakaman Ratu Elizabeth pada hari Isnin 19 September 2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan bahawa Ratu Elizabeth II dilaporkan mangkat pada usia 96 tahun selepas berada di bawah pengawasan doktor.

Berita duka itu disahkan oleh Istana Buckingham menerusi kenyataan akhbar dimuat naik di laman Instagram The Royal Family.

Ratu Elizabeth II menjadi Ratu Britain selama 70 tahun selepas kematian ayahanda baginda, Raja George VI pada 6 Februari 1952 ketika baru berusia 25 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI