fbpx

Bapa pelakon remaja perempuan disiasat lagi kes amang seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Bapa kepada pelakon remaja perempuan akan disiasat berhubung kes amang seksual dan cabul selepas dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, lelaki berusia 43 tahun itu akan disiasat berhubung kes berkenaan yang difailkan mangsa berusia 15 tahun pada 8 September lalu.

Katanya, suspek diserahkan IPD Shah Alam kepada IPD Klang Utara.

“Siasatan terhadap lelaki itu berhubung kes amang seksual dan cabul dilakukannya terhadap mangsa pada tahun 2015.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377A/354 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dilakukan esok di Mahkamah Klang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, suspek tersebut direman empat hari oleh IPD Shah Alam atas dakwaan suspek memukul pelakon remaja perempuan itu menggunakan penyangkut baju berlaku pada tahun 2014.

Pelakon tersebut membuat laporan polis pada 8 September lalu.

Sebelum ini, suspek juga direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes serangan seksual, memiliki bahan lucah dan pengabaian terhadap pelakon itu oleh IPD Subang Jaya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI