fbpx

Orang Langkawi boleh dapat tiket feri murah secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Langkawi boleh membeli tiket feri pada harga istimewa secara online bermula 1 Oktober depan berbanding pembelian hanya di kaunter pada ketika ini.

LANGKAWI – Penduduk Langkawi yang mahu menikmati tiket feri pada harga rendah yang ditawarkan kepada mereka perlu mengesahkan status penempatan terlebih dahulu.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, penduduk perlu memuat turun borang yang disediakan di laman web langkawiferryline.com.

“Penduduk perlu mengisi borang yang disediakan di laman web itu dan menghantar borang yang dikepilkan dengan salinan kad pengenalan ke pejabat untuk semakan oleh pihak feri.

“Jualan tiket feri secara online dengan potongan harga akan dibuat bermula 1 Oktober selepas kami mengesahkan mereka adalah penduduk Langkawi,” katanya di sini semalam.

Katanya, borang tersebut perlu dihantar ke Ibu Pejabat Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. No. 81 & 83, Persiaran Bunga Raya, Fasa Dua Langkawi Mall, di sini.

“Langkah itu diambil bagi mengelakkan penumpang yang tidak layak daripada membeli tiket pada harga murah dikhaskan untuk penduduk Langkawi.

“Setakat ini potongan harga hanya disediakan untuk penduduk Langkawi dan tidak ditawarkan kepada mereka yang be­kerja di pulau ini,” ujarnya.

Katanya, pembelian tiket bagi penduduk Langkawi perlu dibuat menerusi laman web langkawiferryline.com sahaja.

Harga tiket bagi penduduk Langkawi adalah sebanyak RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dan bagi laluan Kuala Perlis RM20 untuk dewasa dan RM14 untuk kanak-kanak.

Pada 4 Ogos lalu, mengikut kadar baharu, harga tiket feri bagi laluan Kuala Perlis-Langkawi kini sebanyak RM21 bagi dewasa dan RM16 bagi kanak-kanak.

Bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi pula tiket bagi dewasa RM26.50 dan RM20.50 bagi tambang kanak-kanak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI