fbpx

4,500 individu berikrar derma organ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 4,500 individu telah tampil berikrar untuk menderma organ menerusi aplikasi MySejahtera sejak pendaftaran dibuka pada 6 September lalu.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jumlah penderma tersebut dicatatkan setakat pukul 3 petang, Isnin lalu.

Statistik terkini penderma organ yang dikongsi Khairy Jamaluddin di Twitter.

Jelas beliau, berdasarkan angka itu, secara purata kira-kira 700 individu berikrar untuk menderma organ setiap hari.

“4,500 telah berikrar menderma organ sejak kami melancarkan ciri tersebut di aplikasi MySejahtera.

“Tolong sebarkan, jadilah pengikrar penderma organ hari ini untuk menyelamatkan nyawa, “ciapnya.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa pendaftaran sebagai pengikrar derma organ boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera mulai 6 September lalu.

Menurut beliau, inisiatif itu dilaksanakan susulan kadar pendermaan organ di negara ini sangat rendah apabila Malaysia tergolong antara 10 negara yang mempunyai kadar transplantasi terendah di dunia bagi 2021 iaitu 2.84 pembedahan transplantasi bagi setiap 1 juta populasi menurut Global Observatory on Donation and Transplantation. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`