fbpx

Amaran cuaca buruk di 7 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di tujuh negeri malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri terlibat adalab Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Perak di Hulu Perak. Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang. Terengganu di Dungun dan Kemaman.

“Pahang di Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin. Johor di Segamat dan Kluang,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk diramalkan di Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman, manakala Sabah di Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Beluran) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI