fbpx

China negara ketiga temui mineral baharu di Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHINA menamakan mineral baharu itu sebagai Changesite-(Y). - aanworld

BEIJING – China menjadi negara ketiga yang berjaya menemui mineral baharu di bulan selepas saintis-saintisnya melaporkan penemuan itu kelmarin, lapor laman berita Wion News.

Dalam satu sidang akhbar, naib pengerusi Pihak Berkuasa Tenaga Atom China, Dong Baotong mengumumkan nama mineral itu sebagai Changesite-(Y).

Ia ditemui di dalam sampel batu dan debu yang diambil dari bulan menerusi misi Chang’e-5 oleh China.

Misi itu dilancarkan pada 2020 dan ini merupakan kali pertama China membawa pulang sampel dari Bulan. 

Amerika Syarikat (AS) dan Russia adalah dua negara lain yang menjalankan misi sedemikian sehingga kini. Ia adalah mineral baharu keenam yang ditemui oleh manusia di bulan.

Pegawai China National Nuclear Corporation (CNNC), Wang Xuejun memaklumkan bahawa pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Geologi Uranium Beijing memisahkan setiap partikel zarah kristal yang terdiri daripada 140,000 partikel zarah Bulan itu dengan berhati-hati menggunakan proses berteknologi tinggi termasuk pancaran sinar-X.

Zarah itu berdiameter kira-kira 10 mikron atau satu persepuluh daripada rambut manusia, kata Xuejun. 

Changesite-(Y) ialah mineral fosfat yang terdapat dalam basalt bulan. Suruhanjaya Mineral Baru, Tatanama dan Klasifikasi Persatuan Mineralogi Antarabangsa telah mengesahkannya sebagai mineral baharu.

Xuejun berkata, penemuan Changesite-(Y) merupakan satu kejayaan dalam penyelidikan mineralogi yang akan membantu memahami sejarah dan evolusi bulan, selain membantu penerokaan angkasa lepas dalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI