fbpx

Seramai 3,000 anggota B.O.S sedia gamatkan Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYOKONG JDT melakukan persiapan untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menggamatkan perlawanan akhir final Piala FA antara JDT menentang Terengganu FC malam ini.

KIRA-KIRA 3,000 penyokong setia Johor Darul Ta’zim (JDT), Boys Of Straits (BOS) bersedia menggamatkan Stadium Nasio­nal Bukit Jalil yang menjadi pentas final Piala FA antara JDT dan Terengganu FC (TFC) malam ini.

Wakil ketua BOS, Farihin Johari berkata, paluan 20 buah dram serta sorakan padu bersama penyokong Harimau Selatan akan bergema sepanjang perlawanan.

Katanya, kempen satu penyokong satu bendera yang dilakukan akan menyaksikan Stadium Nasional Bukit Jalil ditenggelami lautan biru, sete­rusnya menenggelamkan sema­ngat juang skuad Penyu.

Tambahnya, selaku pemain ke-12 JDT, mereka akan memberikan sokongan padu bagi memastikan misi memburu Piala FA ketiga akan menjadi kenyataan.

“Setelah sampai ke peringkat ini, pastinya kita mahukan kemenangan buat JDT setelah kali terakhir menjulang Piala FA pada 2016. Sudah tentunya kami tak mahu pejuang kami hampa dan pulang dengan tangan kosong.

“Jadi, kami amat berharap Piala FA akan kembali ke Johor, sekali gus menutup kedukaan kita pada final Piala Malaysia yang lalu,” katanya.
Beliau berkata, sebanyak 60 buah bas digunakan BOS untuk membawa penyokongnya menghangatkan perlawanan akhir Piala FA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI