fbpx

AS janji dana RM9.8 bilion kepada Ukraine, 18 negara berisiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Austin (kiri) bergambar bersama Zelenskyy dan Blinken (kanan) dalam pertemuan di Kiev. - NBC

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menjanjikan tambahan dana AS$2.2 bilion (RM9.8 bilion) dalam pembiayaan ketenteraan jangka panjang kepada Ukraine, lapor laman berita RT kelmarin.

Pembiayaan tersebut turut melibatkan 18 negara dan wilayah yang berisiko terhadap pencerobohan Russia pada masa hadapan.

Perkara tersebut didedahkan oleh Setiausaha Negara, Antony Blinken semasa lawatan tidak rasmi beliau ke Kiev.

Menurut Blinken, pembentangan tersebut telah pun dipersetujui Biden dan kini menunggu kelulusan Kongres.

Blinken bertemu dengan Presiden Volodymyr Zelenskyy dan pegawai kanan lain untuk membincangkan butiran pakej tersebut yang akan diterima oleh Ukraine sebanyak AS$1 bilion (RM4.4 bilion).

Baki selebihnya akan dibahagikan kepada rakan kongsi keselamatan serantau untuk membantu mereka mencegah dan mempertahankan kedaulatan daripada ancaman yang mungkin datang dari Moscow.

Antara negara atau wilayah yang akan menerima manfaat pakej tersebut adalah Albania, Bosnia, Bulgaria, Croatia, Republik Czech, Estonia, Georgia, Greece, Latvia, Lithuania, Moldova, Montenegro, Macedonia Utara, Poland, Romania, Slovakia, Slovenia serta wilayah Serbia yang terpisah dari Kosovo.

Pakej bantuan itu adalah yang kedua diumumkan susulan ikrar Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin untuk menyalurkan bantuan sebanyak AS$675 juta (RM3 billion) lagi dalam bentuk persenjataan berat, kenderaan berperisai dan peluru.

Setakat 3 Ogos lalu, AS telah memberikan bantuan berjumlah AS$44.3 bilion (RM199 bilion) kepada Ukraine sejak pelancaran operasi ketenteraan Russia pada Februari 2022. 

Parti Demokrat pimpinan Biden dijangka berdepan pilihan raya separuh penggal yang sukar pada bulan November ini akan ekoran tinjauan pendapat menunjukkan bahawa pengundi lebih prihatin terhadap inflasi dan isu ekonomi lain berbanding ancaman Russia ke atas Barat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI