fbpx
Ameerul Ikhwan (enam dari kanan) pada majlis pelancaran semula medan selera Lepaking Six7 di Jalan Gombak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Medan selera Lepaking Six7 kini berwajah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bagi meme­nuhi perubahan gaya hidup dan kehendak peminat, medan selera yang telah beroperasi sejak 10 tahun lalu di Jalan Gombak dekat sini, Lepaking Six7 kini dibuka semula dengan imej baharu yang lebih segar, moden dan mesra keluarga.

Pengarah Urusan syarikat pengendali medan selera itu, Ameerul Ikhwan Fozee berkata, sebelum ini, medan selera lebih memfokuskan kepada keperluan golongan muda dan kini ia ditambah baik dengan persekitaran yang lebih ceria dengan melengkapkan dengan pelbagai outlet makanan daripada pelbagai ka­tegori serta menambah baik kemudahan untuk pengunjung.

“Kami ubah konsep kepada lebih memfokuskan makan bersama keluarga dan kami juga menyediakan kemudahan ruang untuk kanak-kanak bermain.

“Terdapat juga bilik me­syuarat serta dan bilik acara bersaiz mini untuk keperluan pengunjung dan mana-mana syarikat mahu me­raikan kakitangan serta pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran wajah baharu medan selera Lepaking Six7 yang di­sempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali baru-baru ini.

Ameerul Ikhwan berkata, terdapat kira-kira 20 operator makanan yang berpengalaman beroperasi di medan selera tersebut dengan menawarkan pelbagai menu kesukaan ramai pada harga yang berpatutan.

Antaranya adalah makanan utama Melayu, Thailand, makanan barat termasuk burger tular dan juga menu pembuka selera.

Tambah beliau, medan selera yang boleh memuatkan sehingga 500 orang dalam satu-satu masa itu menjadi kunjungan peminat makanan di seluruh Lembah Klang yang datang seawal lima petang hingga lewat dua pagi setiap hari. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN