PETALING JAYA – Pendaki atau individu yang hilang di hutan berpotensi bertahan sehingga dua bulan atau lebih sekiranya mempunyai akses kepada sumber air bersih mencukupi. Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Norhaizan Mohd. Esa berkata, air faktor paling penting dalam menentukan peluang seseorang untuk terus hidup ketika berdepan situasi kecemasan di hutan. Katanya, tanpa bekalan air, individu yang berada di kawasan tropika seperti Malaysia lazimnya hanya mampu bertahan antara tiga hingga lima hari. “Jika mendapat…














