fbpx

Anak Fazura tak nak ‘pancing’ lelaki kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COMEL. Kapsyen pancing lelaki kaya untuk Fatima menarik perhatian ramai.

ANAK perempuan pasangan selebriti terkenal, Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya mencuit hati ramai apabila enggan mengikut ibunya memancing.

Bukan sebarangan aktiviti tetapi memancing lelaki kaya seperti yang dilakukan oleh watak Fazura iaitu Intan Mastura dalam filem Pisau Cukur.

“Jom pergi memancing,” tanya Fazura.

Jawab Fatimah ringkas yang comel dengan imej filter memakai topi besar: “Tak nak.”

Walaupun perbualan tersebut sangat singkat, namun berjaya membuatkan ramai terhibur.

“Untuk kali ini, pepatah ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi tidak boleh diguna pakai,” komen netizen.

“Nampaknya tiada penyambung legasi Intan Mastura.

“Mungkin Fatima tidak mahu memancing tetapi menjala,” ujar seorang lagi netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI