fbpx

3 beradik ditinggalkan di rumah pengasuh, JKM cari ibu kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi JKM WPKL

PETALING JAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL) menggesa ibu kandung atau waris tiga beradik yang ditinggalkan sejak Mac lalu tampil bagi memudahkan urusan penempatan mereka.

Dalam hantaran Facebook (JKM WPKL) berkata, ibu kandung kanak-kanak itu gagal dihubungi selepas berjanji akan mengambil kembali anak-anaknya selepas selesai urusan.

“Ian Eusoff Abdullah, 5, Imaan Isabela Abdullah, 4, dan Qaseh Maryam Inara, 1, dirujuk pengasuh kanak-kanak dikenali sebagai Puan Bibe yang tinggal di pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri Cheras.

“Menurut pengasuh, ibu kandung yang dikenali dengan nama Aishah Irene, 38, pernah bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital swasta,”katanya.

Tambahnya, kanak-kanak itu ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri menyebabkan pengasuh sukar menguruskan mereka terutamanya berkaitan kesihatan.

“Pengasuh buat laporan polis mengenai penyerahan kanak-kanak ke JKM untuk diberi perlindungan,”katanya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Shukor Salleh Laslile di talian 03-26124000, email ke [email protected] atau hadir ke JKM WPKL Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang, 50564, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI