fbpx

JPJ Perak sedia pantau kenderaan muatan berat di jalan raya sempena musim cuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Yusoff

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Perak bersedia menghantar pasukan untuk memantau dan memerhatikan kenderaan bermuatan berat di tempat-tempat kerap berlaku kesalahan terutamanya pada hari musim cuti.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, isu tersebut susulan dari rungutan pengguna jalan raya berikutan jumlah kenderaan berat yang meningkat terutamanya pada waktu cuti tertentu dilihat menganggu perjalanan kenderaan lain.

“Saya akan hantar pasukan untuk memantau dan memerhatikan tempat-tempat yang dimaksudkan dan orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada kami berserta tempat mana yang dimaksudkan,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Penyerahan Lesen Motosikal Perak Sejahtera di Dewan Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Kampung Bawong di sini hari ini.

Menurutnya, antara lokasi ‘panas’ yang kerap berlaku kesalahan adalah tempat-tempat pembangunan seperti Ipoh, lebuh raya menghala utara iaitu Taiping ke Trong, Kuala Kangsar ke Sungai Siput dan banyak lagi.

“Ketua Penguatkuasa negeri akan pergi ke tempat yang kerap berlaku kejadian ini antaranya di tempat-tempat pembangunan, lebuh raya menghala utara iaitu Taiping ke Trong, Kuala Kangsar ke Sungai Siput, Ipoh ke Gopeng dan dalam kawasan lembah kinta,” katanya.

Beliau berkata pemantauan turut dilakukan melalui Operasi Lejang yang masih berlangsung sejak 1 Ogos lepas sehingga 30 September depan bertujuan membanteras kegiatan lumba haram dan menunggang secara berbahaya yang menjadi punca kemalangan dan kes kematian.

“Operasi kami masih berterusan dan jika aduan itu sampai kepada kami, kami akan tengok tempat yang kerap berlaku kesalahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI