fbpx

Zimbabwe catat 685 kematian akibat demam campak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak diberi vaksin campak di sebuah pusat vaksinasi di wilayah Manicaland. - Twitter WHO_Zimbabwe

HARARE, Zimbabwe – Wabak campak di Zimbabwe kini berada pada tahap kritikal sejak penularan jangkitan mula dikesan awal bulan lalu, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan, sebanyak 685 kematian telah dilaporkan di negara tersebut dengan 37 kematian dicatatkan pada Khamis.

Jumlah beban kes semasa meningkat empat kali ganda berbanding jumlah yang direkodkan dua minggu lalu.

“Kemas kini demam campak. Sehingga 2 September 2022, Zimbabwe mencatatkan 6,034 kes yang disahkan termasuk 4,266 telah pulih dan 685 kematian,” tulis Kementerian Kesihatan Zimbabwe menerusi laman Twitter rasmi.

Jangkitan demam campak itu mula dikesan awal Ogos lepas di wilayah Manicaland timur yang bersempadan dengan Mozambique.

Menteri Media, Penerangan dan Perkhidmatan Penyiaran, Christopher Mutsvangwa telah menguatkuasakan Akta Unit Perlindungan Awam bagi mengawal situasi terkini.

“Semua mangsa yang dijangkiti belum menerima vaksin campak. Kerajaan telah memohon Akta Unit Perlindungan Awam untuk menangani kecemasan kesihatan ini, selain Kementerian Kesihatan dan Penjagaan Kanak-Kanak berada di lapangan bagi menjalankan program vaksinasi intensif.

“Kabinet juga telah mengarahkan Kementerian Kesihatan dan Penjagaan Kanak-Kanak untuk melibatkan pemimpin tradisional untuk sokongan mereka terhadap program vaksinasi,” kata Mutsvangwa.

Gejala awal virus tersebut termasuk demam, ruam merah dan kebiasaannya tidak membahayakan. 

Bagaimanapun, jika tidak dirawat atau diberi vaksin, campak boleh menyebabkan kematian terutamanya dalam kalangan kanak-kanak bawah enam tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI