fbpx
ANWAR pada sidang akhbar ketika hadir sempena Majlis Sesi Ramah Mesra bersama Perdana Menteri di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Isu wang di Afrika: Anwar minta bukti bukan fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pihak yang mendakwa beliau menyimpan wang berbilion ringgit di Afrika supaya tampil mengemukakan bukti, bukannya sekadar menyebarkan tuduhan tanpa asas.

Tegas Anwar, dakwaan seumpama itu hanya akan menjadi fitnah yang tidak memberi manfaat kepada rakyat mahupun negara sekiranya gagal disokong dengan fakta sahih.

“Macam-macam (dakwaan), tak payah jawablah. Dia kena ada bukti. Kalau seribu komen, adakah saya kena jawab semua? Kalau ada bukti, bawalah. Kalau tidak, ini hanya jadi sarang fitnah. Saya ada banyak kerja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim, di sini hari ini.

Anwar mengulas dakwaan seorang wanita dikenali sebagai Sofia Rini yang tular di media sosial, mendakwa beliau memiliki kekayaan berbilion ringgit yang kononnya disimpan di Afrika.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa sebagai pemimpin kerajaan, fokusnya adalah kepada tugas membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat, bukannya melayan tuduhan tidak berasas.

“Saya ada banyak tanggungjawab. Tuduhan begini tidak membantu, malah hanya mengganggu usaha kita untuk membina negara,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari turut mempersoalkan kesahihan rakaman video yang memaparkan dakwaan berkenaan.

Menurut beliau, individu yang dinamakan dalam video tersebut wajar tampil memberikan penjelasan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Dalam perkembangan berasingan, Anwar turut mengulas isu yang melibatkan institusi diraja di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, sebarang konflik berkaitan perlu diselesaikan secara dalaman mengikut peruntukan undang-undang negeri tanpa campur tangan luar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN