fbpx

Mahkamah: 9 pertuduhan Abdul Azeez kekal, 4 digugurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Azeez ketika hadir di Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi. Foto FARIZ RUSADIO

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim gagal dalam rayuannya untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan enam pengubahan wang haram yang dihadapinya di Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi.

Keputusan sebulat suara (unanimous) itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md. Said selepas menolak permohonan Abdul Azeez selaku pemohon.

Bagaimanapun empat lagi pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, permohonan perayu untuk mengugurkan empat pertuduhan itu dibenarkan.

Justeru dengan keputusan itu, daripada 13 pertuduhan, Abdul Azeez hanya akan meneruskan perbicaraan untuk sembilan lagi pertuduhan dan sebutan kes pada 7 September ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Selain Hakim Kamaludin dua lagi panel yang turut bersidang ialah Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali.

Sebelum ini, Abdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Terdahulu pada prosiding 26 Ogos lalu, keputusan batal pertuduhan terpaksa ditangguhkan berikutan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez memaklumkan anak guamnya telah telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Univeristi Malaya (PPUM) selepas mengalami masalah kesihatan.

Sebelum ini, pada Januari 2019, Abdul Azeez, 55, didakwa atas 13 pertuduhan berkaitan projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya di Kedah dan Perak iaitu melibatkan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan 10 pertuduhan penggubahan wang haram.

Projek tersebut melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru, kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI